loading...
Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah mencarum dengan KWSP.
Mengikut undang-undang, KWSP perlu membayar bantuan sebanyak RM2,500.00 kepada waris atau keluarga pemegang akaun KWSP dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian pemegang akaun KWSP.
Tiada sebarang pemberitahuan yang dibuat oleh pihak KWSP kepada kesemua pemegang akaun dan ini menyebabkan ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bantuan seperti ini wujud sejak dahulu lagi.
Setakat ini, tuntutan yang dibuat oleh waris atau keluarga kepada pemegang akaun KWSP terlalu sedikit dan ini telah meyebabkan timbulnya suatu persoalan iaitu ke manakah bantuan kewangan/khairat kematian ini disalurkan sekiranya ianya tidak dituntut oleh mana-mana waris pemegang akaun KWSP selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian yang diberikan itu telah tamat.
Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui jenis pengeluaran kematian yang disediakan oleh pihak KWSP selama ini kepada kesemua pemegang akaun.
Sepatutnya, manfaat sebegini haruslah sentiasa dimaklumkan kepada kesemua pemegang akaun KWSP yang masih hidup supaya bantuan yang layak diterima oleh mereka sekiranya berlaku kematian dapat disalurkan kepada waris atau keluarga terdekat bagi mengurus perkebumian mereka.
Rujuk dan isi borang permohonan di bawah atau klik pautan terus untuk memuat turun borang permohonan ini dari PORTAL KWSP
loading...