loading...
Ramai orang yang bawa kenderaan automatik sekarang ini. Mungkin jumlah kereta automatik jauh melebihi jumlah kereta manual kat atas jalan raya.
Dulu saya juga suka bawa kereta manual berbanding kereta auto. Tapi semanjak tinggak kat Lembah Kelang, dengan keadaan jalan raya yang cukup mudah jem, penggunaan kereta manual boleh membuatkan kaki krem dan lenguh.
Sekarang lebih selesa bawa kereta jenis automatik sahaja. Tak payah nak tekan clutch dengan kai dan goyang-goyang kepala gear dengan tangan sekejap naik sekejap turun.
Bila dah bawa kereta jenis auto, perlu tahu serba sedikit apa yang boleh dan tak boleh dilakukan terhadap kenderaan jenis automatik ini. Sebenarnya ramai orang yang walaupun dia pakai kenderaan auto, tapi tak tahu tentang 5 perkara yang perlu dielakkan pada kenderaan auto ini:
1. Jangan letak gear P jika kereta masih bergerak
Jangan buat macam ni !. pastikan kenderaan anda benar-benar telah berhenti sebelum meletakkan gear auto anda pada posisi P atau Parking.
Ada satu pin yang akan kunci gear anda supaya tidak bergerak ketika anda letakkan pada posisi parking. Jika kereta masih begerak dan anda terus masukkan gear P, dikhuatiri pin itu akan rosak.
2. Jangan undur ketika sedang ke depan
Jika kereta anda sedang bergerak ke depan dan tiba-tiba rasa nak kena undurkan kereta, jangan terus tarik gear pada posisi R terus begitu. Pastikan terlebih dahulu kereta anda berhenti dengan menekan brek kemudian barulah masukkan gear posisi R untuk undur kereta anda.
Jangan gunakan gear untuk hentikan kereta, itu akan merosakkan gear automatik kereta itu dengan lebih cepat dan mudah. Gunakan brek untuk berhenti sebab itulah kegunaan brek!
3. Jangan aktifkan gear di lampu isyarat, masuk gear N
Jika anda sedang menunggu lampu isyarat untuk bertukar ke hijau dalam kereta automatik, anda perlu masukkan gear N atau Neutral, itu adalah lebih baik untuk ketahanan sistem gear automatik kenderaan anda itu.
Kalau tunggu lama sangat kat depan trafik light tu, anda boleh masukkan gear P, tak ada masalah. Kenderaan sekarang bijak. Banyak kenderaan yang akan jimatkan penggunaan tenaga jika diletakkan ke N atau P
4. Jangan ram kemudian masuk gear
Mungkin ada yang pernah terfikir nak buat begini ! atau anda dah pernah cuba buat macam tu. Tekan minyak, rem kuat-kuat ketika gear dalam posisi N, kemudian terus masukkan gear D. lihat apa akan jadi.
Kenderaan anda akan bergerak pantas ke depan dengan hebat, anda boleh jimatkan masa beberapa saat ke depan dengan berbuat begitu, tetapi anda akan bazirkan duit untuk repair gearbox automatik anda nanti yang akan cepat haus.
5. Jangan turun bukit dan letak gear N
Terfikit juga nak buat macam tu kan ? masa kereta sedang laju turun bukit yang curam, apa salahnya masukkan saja gear N, jadi boleh jimatkan tenaga dan minyak ?
Tak payah nak buat macam tu semata nak jimatkan tenaga sebab kenderaan anda dah cukup bijak untuk jimatkan penggunaan tenaganya tanpa perlu letakkan pada N.
Dengan berbuat begitu anda akan hilang sedikit penguasaan pada kenderaan anda, dan ini boleh mendatangkan bahaya.
Moga panduan ini memberikan sedikit manfaat pada anda
loading...