loading...
Pada tahun 2013, Lukas Clark telah dikejarkan ke hospital setelah didera oleh teman lelaki ibunya, Heather Clark.
Pihak doktor telah memberitahu bahawa anaknya itu tidak mampu diselamatkan lagi. Heather kemudian membuat keputusan berani untuk mendermakan organ anak lelakinya yang berusia 7 bulan itu.
Walaupun Lukas kini sudah tiada selama hampir empat tahun, degupan jantungnya masih kuat. Ini kerana, seorang kanak-kanak perempuan bernama Jordan Drake telah mendapat jantungnya menerusi pembedahan transplan jantung.
Jordan yang dilahirkan dengan penyakit jantung sejak lahir telah diberitahu oleh pihak doktor dia memerlukan rawatan segera. Seperti telah ditakdirkan, Jordan sedang menjalani rawatan di hospital yang sama apabila Lukas disegerakan untuk rawatan kecemasan.
Menurut ibu Jordan, Esther Gonzalez, dia rasa sangat bersyukur anaknya itu mendapat peluang kedua untuk hidup. Namun, dia tahu, dalam kegembiraannya itu, ada seorang ibu yang berada dalam kesedihan.
Selepas pembedahan transplan jantung itu berjaya pada tahun 2013, Esther telah meninggalkan mesej kepada Heather menerusi laman Facebook. Malangnya, mesej itu tidak disedari oleh Esther selama hampir dua tahun.
Selepas dua tahun barulah Heather menyedari kewujudan mesej itu. Mereka berdua telah berhubung dan membuat keputusan untuk berjumpa di Phoenix Children Hospital. Heather yang menetap di California, telah membuat perjalanan sejauh 5 setengah jam untuk menemui keluarga itu.
Selepas dua tahun barulah Heather menyedari kewujudan mesej itu. Mereka berdua telah berhubung dan membuat keputusan untuk berjumpa di Phoenix Children Hospital. Heather yang menetap di California, telah membuat perjalanan sejauh 5 setengah jam untuk menemui keluarga itu.
Menurut Clark, dia rasa lebih teruja daripada gementar. Namun, ianya rasa seperti jumpa ahli keluarga sendiri sahaja. Apabila dia dan Jordan bertemu, mereka terus saling berpelukan.
Heather telah diberikan stetoskop untuk mendengar degupan jantung Jordan.
Esther berbisik kepada Heather, mengatakan degupan jantung yang didengari olehnya itu ialah degupan jantung milik Lukas.
Heather menitiskan air mata dan mengatakan dia dapat merasakan anaknya itu seperti di situ. Dia meneruskan kehidupan menerusi kanak-kanak perempuan ini.
Heather mengatakan perasaannya yang bercampur baur. Dia rasa sangat gembira, sedih, bangga dan sebagainya.
Ini semua tidak mungkin akan terjadi sekiranya hati seorang ibu yang sangat cekal dan berani untuk mendermakan organ anaknya kepada orang lain. Menerusi keputusan itu, orang lain dapat menerima peluang kedua untuk terus hidup.
Menurut Esther lagi, mereka ibarat keluarga sekarang. Menerusi perkara ini, mereka mempunyai ikatan yang tidak akan pernah putus.
loading...