(VIDEO) ‘Pick Up Lines’ Budak Perempuan Ini Cuit Hati Netizen... Jadi Viral Sekelip Mata!

loading...
(VIDEO) ‘Pick Up Lines’ Budak Perempuan Ini Cuit Hati Netizen... Jadi Viral Sekelip Mata!

SELALUNYA ‘pick up lines’ ini sering diluahkan oleh lelaki, tetapi telatah seorang kanak-kanak perempuan memberi ayat mengorat tersebut nyata ‘mencuit’ hati netizen.
Video Damia Daniele Adlin dari Lenggeng, Negeri Sembilan yang lancar mengeluarkan ayat ‘pick up lines’ menjadi tular menerusi laman sosial selepas dimuat naik oleh kakak saudaranya, Almaz Sazli di laman Instagram.
Kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu menjelaskan bahawa ungkapan tersebut terhasil secara spontan ketika dia bertanya kepada kakak saudaranya pada Jumaat lalu.
“Saya tanya apa beza awak (kakak saudara) dengan coklat. Kakak saudara jawab, saya putih coklat hitam.
“Saya kata kepadanya jawapan itu salah dan terus saya cakap coklat sakitkan gigi, awak sakitkan hati saya,” katanya.
Menurut Damia yang juga anak kedua daripada tiga adik0beradik itu, pertanyaannya itu hanya sekadar gurauan.
Katanya, budak lelaki yang ketawa besar di sebelahnya selepas dia mengungkapkan ‘pick up lines’ berkenaan ialah abangnya, Muaz Danish, 11.
Sementara itu, Almaz yang memuat naik rakam video itu di akaun Instagramnya berkata, dia tidak menyangka video itu akan mendapat perhatian netizen.
“Saya ‘upload’ (muat naik) dalam Instagram, ada rakan yang ambil dan sebar dalam laman Twitter. Tidak sangka ramai yang melihat sehingga mendapat 31,000 ‘like’ di laman itu.
“Damia sememangnya seorang yang periang dan saya sendiri tidak sangka kanak-kanak seusia itu boleh keluar ayat kelakar seperti itu,” katanya.
Video adik Damia berjaya mencuit hati netizen yang rata-ratanya tersenyum apabila melihat dan mendengar ungkapan pick up linesnya.

Kredit– MYNEWSHUB.CC
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close