SAYU !!! "Pergilah Anakku Ayah Izinkan.." Harith Darwish Hembuskan Nafas Terakhir Di Pangkuan Bapanya.

loading...
"Pergilah Anakku Ayah Izinkan.." Harith Darwish Hembuskan Nafas Terakhir Di Pangkuan Bapanya.


KUALA LUMPUR - "Pergilah anakku, ayah izinkan," itulah kata Azri Mat Ali, 27, beberapa saat sebelum anak tunggalnya, Muhammad Harith Darwish Azri, 4, menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya, pada jam 3.45 petang, Rabu, lapor Harian Metro. 
Harith Darwish menghidap kanser otak tahap empat jenis Ependymoblastoma semenjak Januari 2015. 
"Saya dan isteri sudah lama bersedia dengan takdir ditentukan Ilahi dan redha dengan pemergian Harith, meskipun lebih setahun dia 'bertahan' dengan penyakitnya itu. 
"Kami sudah tidak sanggup melihat dia menderita melawan penyakit. Kami redha dengan pemergiannya. Kami anggap itu yang terbaik. Dia pun tidak sabar untuk ke syurga. 
"Sejak tiga hari yang lalu, saya nampak keningnya sudah jatuh. Saya dan isteri sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. 
"Hari ini, dia sukar bernafas. Saya baringkan dia di atas riba dan beritahu yang saya izinkan dia pergi. Sebaik mengajarnya mengucap, dia tidak lagi bernafas," katanya Azri. 
Jenazah Harith Darwish kemudian dibawa ke Taman Rembau Utama, Rembau, Negeri Sembilan untuk dikebumikan malam kelmarin. 
Lapor Harian Metro, pihak hospital pada awalnya mengesahkan jangka hayat Harith hanya dalam beberapa minggu sahaja sejak Januari 2015. Namun Harith mampu bertahan selama lebih setahun. 
Semenjak diserang kanser otak, fizikal dan pancaindera, 'anak syurga' itu semakin tidak berfungsi dari hari ke hari. Sebelum pertuturannya tidak lagi berfungsi, ayat terakhir yang sempat diucapkannya adalah, 
Along nampak syurga

Kisah Harith pernah menjadi inspirasi buat pesakit kanser yang masih menjalani rawatan dan turut dikongsikan di laman sosial oleh netizen. - The Reporter
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close