SAYU !!! Doktor Nasihatkan Buang Bayi Ini Kerana CACAT. Si Ibu Tetap Mahu Bayi Ini Dan Akhirnya…

loading...
Doktor Nasihatkan Buang Bayi Ini Kerana CACAT. Si Ibu Tetap Mahu Bayi Ini Dan Akhirnya…

Lelaki yang bernama Ding Ding (29 tahun) mengalami penyakit kurang upaya dari lahir. Ding hampir lemas ketika komplikasi kelahiran pada 1988, dan ia menyebabkan mengalami penyakit cerebral palsy (beri kesan kepada otot, pergerakan dan tidak boleh berjalan seperti orang normal).
Selepas Ding dilahirkan, doktor memberi nasihat kepada ibunya (Zou) supaya ‘lepaskannya’ kerana tiada guna untuk membesarkan Ding yang mungkin akan mengalami kecacatan atau kecerdasan yang rendah.
Lebih menyedihkan lagi, bapa Ding juga bersetuju dengan nasihat doktor tersebut dan beritahu kepada Zou bahawa Ding hanya akan membawa beban pada keluarga mereka. Walaubagaimana pun, Zou ambil keputusan untuk menjaga Ding dan tak lama lepas itu, Zou dan suaminya bercerai.
Untuk menanggung kehidupan mereka berdua dan rawatan untuk Ding, Zou telah membuat beberapa kerja termasuklah kerja sepenuh masa di kolej Wuhan serta jurulatih protokol dan menjual insurans sebagai kerja sambilan.
Jika ada kelapangan, Zou akan adakan sesi pemulihan bersama Ding, tak kira dalam apa jua keadaan pun. Zou belajar bagaimana ingin mengurut otot tegang, iaitu salah satu simptom dalam penyakit Ding. Pada masa yang sama, Zou akan bermain permainan yang akan akan mencabar pemikiran Ding dan juga bermain puzzle dengannya.
Zou juga berkata dari awal bahawa anaknya akan belajar bagaimana untuk mengatasi penyakit kurang upaya secepat yang mungkin. Sebagai contoh, Ding mengalami masalah dalam menyelaraskan pergerakan tangannya, dan ia sukar untuk menggunakan pengepit (chopsticks.)
 Walaupun ramai saudara-mara memahami situasi Ding tidak mampu menggunakan penyepit untuk makan, Zou tetap berkeras beri latihan pada Ding. Jika tidak, Zou kena memberi penjelasan dengan orang lain kenapa Ding tidak makan menggunakan penyepit.
Saya tak mahu Ding berasa malu dengan keadaan fizikalnya. Oleh kerana Ding alami kecacatan di beberapa bahagian tubuhnya, saya amat tegas dengannya supaya kerja lebih keras lagi untuk mengatasi masalahnya itu.
Ding telah menamatkan pengajian dengan bachelor’s degree dari Peking University’s Environmental Science and Engineering School pada 2011 sebelum mengambil master’s degree di University’s International Law School.
Selepas bekerja selama 2 tahun, Ding meneruskan pengajian di US Ivy League Harvard University tahun lepas. Menurut laporan, mereka tidak mendedahkan bidang apa yang diambil Ding.
Ding sering kali berkata bahawa dia sangat rindukan ibunya yang kini tinggal di Jingzhou. Dia menganggap ibunya sebagai pembakar semangat dan ibunya merupakan rakan baiknya.
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close