“DEMI ZURIAT, YA SAYA BERKORBAN JADI BERISI…” — INI PENGAKUAN DATO’ SITI NURHALIZA

loading...
“DEMI ZURIAT, YA SAYA BERKORBAN JADI BERISI…” — INI PENGAKUAN DATO’ SITI NURHALIZA
Saya tidak nafikan, sebagai seorang wanita yang sedang dalam melalui proses ‘family planning’, badan akan mengalami perubahan (berat badan naik) yang mendadak.
Namun ini adalah harapan dan mpian saya dan saya tidak boleh berhenti hanya kerana tidak mahu ‘berisi’. Walau bagaimanapun, itu tidak pula menjadikan alasan untuk saya tidak melakukan apa-apa.
Artikel Asal Dari Majalah InTrend
Penulis: Afiza Kamarulzaman
Gambar: Instagram ctdk / Official Simply Siti
BELIAU tidaklah terlalu obses tentang kecantikan tetapi sangat mengambil berat perihal cantik yang baginya sangat penting untuk dimulakan daripada penjagaan dalaman.
Sementelah, punya suami yang juga menitiberatkan hal kesihatan diri, membuatkan Dato’ Siti sukar untuk culas dalam memastikan gaya hidup sihat menjadi amalan mereka berdua.
Dato’ Siti punya berat badan yang cepat naik, bukan? Bagaimana memastikan tubuh sentiasa dalam bentuk yang diimpikan?
Saya tidak nafikan, sebagai seorang wanita yang sedang dalam melalui proses ‘family planning’, badan akan mengalami perubahan (berat badan naik) yang mendadak.
Namun ini adalah harapan dan mpian saya dan saya tidak boleh berhenti hanya kerana tidak mahu ‘berisi’. Walau bagaimanapun, itu tidak pula menjadikan alasan untuk saya tidak melakukan apa-apa.
Pada masa yang sama, saya tetap bersenam. Saya dan suami akan ke gim setiap pagi dan meluangkan sekurang-kurangnya satu jam lebih di situ.
Selain itu, saya juga mengambil makanan yang sihat. Jika rajin dan punya masa terluang, saya akan masak menu sihat saya sendiri atau pembantu akan sediakan.
Dato’ K selalu memuji Dato’ Siti pada bahagian mana?
Biarlah rahsia… hahaha. Suami kenalah puji isteri, kan? Baru bahagia rumahtangga. Hahaha…
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close