loading...
Bermula dari spm result aku yang tidak berapa cantik. Tapi masih lagi ada ipt yang sudi mengambil aku untuk belajar. Walaupun aku jenis yang tak minat belajar. Aku diterima untuk belajar di ipts. Hari pertama aku dekat kolej, aku dapat roommate yang boleh dikatakan nakal tapi kuat agama.
Pelik jugak sebenarnya nk diterangkan. Nanti aku cerita la kenapa. Aku budak engineering Semasa first day aku daftar masuk, aku masuk second intake, bila aku masuk je dorm tu terkejut tengok roommate aku tengah baca al mathurat. Dia dari sekolah agama dulu. Masa tu dalam fikiran aku ala matilanak dia ni kuat agama pulak. Aku dh la nakal dan mat motor tak suka sangat islamik ni, solat pun liat. Mesti hari-hari aku nk kena mengadap dia punya tazkirah. Mood aku terus jadi down.
Dia nampak aku buka pintu. Terus sapa dan salam aku. Siap offer lagi tolong angkat barang dan kemas katil aku. Segan pulak aku dengan dia ni. Aku dah laa tak biasa orang caring pasal aku. Dengan jubah dan berkopiahnya. Haishh. Selesai je kemas bilik, dia ajak aku main futsal pulak petang tu. aku cakap kt dia aku penat nk rehat. Dia senyum je pastu cakap rest in peace. Sambil buat muka lucu. Dia buat lawak boleh petang2 ni. Aku yang letih ni pun boleh ketawa. Aku pelik dengan dia, kuat agama tapi nakal jugak dehh. Aku perkenalkan kawan aku ni SR.
Sepanjang sebulan aku duduk dengan dia. Aku jadi gelisah macam cacing kepanasan. Dia boleh pulak hari2 tazkirah dekat aku sebelum masuk waktu isyak. Cakap pasal solat la, hukum hakam dunia la, batas pergaulan la. Pastu selalu je pasang tazkirah uai supaya aku dengar. Aku bukan tak nak dengar tapi hati aku masa tu gelap. Tiap malam jugak la aku duduk kt luar bilik sambil habiskan rokok dua tiga batang. Tapi sebenarnya bukan hari2 macam tu. Sebab dia ni aktif jugak program2 lain dan dia juga mpp di kolej ni.
Ada satu masa, ketika tu puasa bulan ramadhan. Si SR ni ajak aku main game PES13. Game tu memang favourite aku la. Dia buat perjanjian dengan aku. Dalam perjanjian tu dia cakap. Kalau kalah kena solat kiamulai, kalah lagi solat hajat, kalau kalah jugak solat taubat pulak. Aku cakap dalam hati, ni dah macam dipaksa untuk solat ni. Tapi ego aku tinggi jugak. Aku accept challenge dia tu. Nak di jadikan cerita. Aku kalah 9 game dengan dia. Aku tak puas hati nk menang juga tapi tetap kalah. Aku ni memang kaki game. Macam mana boleh kalah dengan budak kopiah ni. Aku pelik macam tak dapat nk percaya je aku kena solat tengah malam tu. Dia ajar aku niat dan dia imamkn aku malam tu. selesai solat semua sekali. Dia baca doa, aku dapat dengar la doa dia. Dia doa supaya roommate dia dpt hidayah dan istiqamah dalam ibadah. Aku tergamam sekejap. Hampir mengalir air mata aku masa tu. Start dari tu la aku kerap solat.
Esokkan malam SR ajak aku solat terawih. Aku liat juga nk solat sunat ni. Aku pun layan jelah SR ni sebab masa ni pun tak ada kerja nk buat. Aku solat seperti biasa la malam tu. Ada ketika tu, aku terkejut SR ni boleh menegur abang sado kt depan dia tu pasal aurat terselak. SR cakap kt abg sado tu, bang td nampak aurat belakang abg masa abg tengah sujud. Naik merah muka abang tu. Macam tak boleh terima dia kena solat sekali lagi. SR ni boleh pulak senyum je memanjang orang nk marah dekat dia. Hari lain pulak, SR ni menegur pakcik pula. Ketika tu ada seorang pakcik ni dia solat atas kerusi. Tapi kaki kerusi tu kedudukan tak sama dengan tumit barisan saf dia. Pakcik ni selalu kena solat depan tiang supaya kerusinya boleh kebelakang sikit. SR tegur elok je tapi pakcik ni menjawab, “dia solat begini 5 tahun dh. Takda seorang pun tegur dia macam tu, termasuk imam masjid.” SR ni hanya senyum dan cakap, “nanti habis solat pergi la tanya imam tu. Ingat mesti tanya tau.” Esoknya terus lurus saf pakcik tu, solat seperti SR katakan tadi. Aku tetiba kagum dengan SR ni. Berani berdakwah. Aku cukup bertuah dapat kenal dia. Dia berdakwah tidak kira siapa,umur atau pangkat. dia tetap cuba sampaikan ilmu walau sebesar zarah.
Untuk pengetahuan, aku jadi roommate dia hanya satu semester saja. Dan semester tu amat lama bagi aku. Aku terus lost contact dengan dia. Sebab nombor telefon, facebook, twitter insta, wechat semua aku tak add dia. Sebab dia cakap dia tak ada sosial media tu. Sehingga la pertengahan bulan may ni. Buat kali pertama aku tahu kisah dia. Dan mungkin kisah terakhir sebab dia sudah meninggal dunia. Aku tahu sebab heboh dalam fb aku. Kawan2 aku tag aku cakap ni roommate kau dulu. Aku baca kisah dia, dia meninggal sebab penyakit kanser mulut. Meninggal ketika stage ke-4. Takziah buat mu ex roommate. Dan dia kena kanser tu sejak 2012 lagi. Maknanya masa aku roommate dia lagi dh ada kanser ni. Mungkin sebab inilah dia selalu gunakan mulut dia dengan sebaiknya. Dan dapat bertahan selama 4 tahun hadapi kanser. Aku menangis menaip ni. Dia berjaya dakwah aku sampai aku tak tinggal solat.
Al fatihah buat mu sahabat. Sampai sekarang aku tak jumpa orang seperti mu. Satu dalam sejuta. Sebaik-baik kawan adalah kawan yang menasihati dan memimpin kita ke jalan yang benar.
Semoga roh mu dicucuri rahmat.
Semoga roh mu dicucuri rahmat.
-insan yang terleka-
loading...