Apa Nak Jadi Zaman Sekarang !! Bila Merakam Lebih Penting Daripada Menyelamatkan Malah lebih Teruk Bila Pengunjung Hanya Tengok Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam..

loading...
Apa Nak Jadi Zaman Sekarang !! Bila Merakam Lebih Penting Daripada Menyelamatkan Malah lebih Teruk Bila Pengunjung Hanya Tengok Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam..

Tindakan pengunjung sebuah taman tema air yang hanya melihat dan merakam video seorang kanak-kanak lemas dalam kolam mengundang kemarahan netizen selepas video tersebut kini tular di laman Facebook.
Dua buah rakaman video itu dimuat naik di laman Facebook EnjoyLifeAtAll pada 6 Mei lalu sehingga kini mendapat perkongsian lebih 17,000 pengguna Facebook dan ditonton lebih 1 juta kali.
Video pertama berdurasi 1 minit 28 saat memaparkan mangsa yang dipercayai seorang kanak-kanak lelaki kelihatan terapung-apung di permukaan air dan beberapa pengunjung lain berada berhampiran mangsa.
Hanya beberapa meter daripada kanak-kanak terbabit, kelihatan juga sekumpulan lelaki dan wanita dewasa berada di atas batu, sementara jasad kanak-kanak itu masih terapung dan berpusing kerana dibawa arus air.
Namun menyedihkan, perakam video dan orang ramai tidak menghiraukan keadaan mangsa yang mana mungkin mereka beranggapan bahawa kanak-kanak itu sedang melakukan aksi ‘gaya bebas’ dalam air.
Pada penghujung rakaman tersebut, mujurlah seorang wanita berenang ke arah mangsa dan menyelamatkannya.
Ketika itu, baharulah kelihatan orang ramai ‘menyedari’ bahawa kanak-kanak itu sedang bertarung nyawa, dan bukannya melakukan ‘pertunjukan’ dalam air.
Manakala, rakaman kedua menunjukkan dua orang lelaki dipercayai anggota penyelamat berusaha untuk menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan kecemasan.
Kanak-kanak terbabit dilihat tidak sedarkan diri, namun lokasi sebenar kejadian dan keadaan mangsa tidak dapat dipastikan.
Semakan di Facebook, rata-rata mendakwa kejadian berlaku di Vietnam berdasarkan percakapan yang kedengaran dalam video berkenaan.
Kebanyakan netizen melahirkan rasa marah dan menghemburkan kata-kata kesat terhadap perakam kerana tidak menyelamatkan mangsa, sebaliknya hanya ‘seronok’ merakam video.
Selain itu, ada juga pihak yang mempersoalkan anggota penyelamat yang bertugas kerana tidak menyelamatkan mangsa.
Berikut antara komen-komen netizen:
Fird Firdaus: Merakam video adalah lebih penting daripada menyelamatkan kanak-kanak? Orang yang merakam video ini bodoh…
Azwar Siregar: Kenapa bukan ditolong, tapi hanya tengok? Goblok (gila)
Adriano Chew: Orang ramai hanya tidak menghiraukannya (mangsa). Syabas!
Ehm Ehm Payba: Kamu (perakam) sudah tahu apa yang berlaku dan masih berpura-pura budak lelaki itu ‘okay’, apa kejadahnya! Adakah kamu semua ini bodoh? Tidak boleh lihat kanak-kanak itu hampir mati dan perlukan pertolongan. Daripada merakam video ini, kenapa kamu tidak menolong kanak-kanak itu? Tiada keperimanusiaan langsung! Semoga Tuhan merahmati kanak-kanak malang ini.
Hsien Yang Khoo: Adakah ia di Vietnam? Kamu hanya merakam video tetapi tidak membantu budak itu? Kamu bodoh? Jika kamu salah seorang yang lemas, tiada siapa membantu kamu dan mereka hanya merakam video, nyawa kamu dalam bahaya. – mD
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close