loading...
Ramai yang menggelar kanser ovari sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa.
Lebih menakutkan, makna.org menunjukkan bahawa ia boleh menyerang wanita seawal usia 26 tahun di Malaysia.
Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang, Dr Andi Anggeriana Andi Asri menerusi MAKNA Malaysia (Majlis Kanser Nasional), kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu.
Tambah beliau lagi, bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.
1. Pendarahan selepas monopous
Antaranya simptom yang paling jelas, terutamanya selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula. Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ke tahap 4.
2. Haid yang tidak teratur dan banyak
Bagi yang belum menopaus, ambil perhatian sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.
Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus. Pendarahan teruk juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan intim ataupun sudah menopaus.
3. Perut tidak selesa
Selain 2 tanda kanser rahim paling jelas di atas, sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat. Perut akan terasa mudah kenyang dan kembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.
4. Mudah letih
Walaupun sudah berehat lama, tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Selama ini tidak pernah pula selesu ini. Seperti yang dijelaskan oleh sumber laman web kesihatan, hal ini disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Kondisi inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.
5. Kerap membuang air kecil
Minum air macam biasa. Nak dikata mengandung, tidak. Kenapa sejak-sejak ini terlalu kerap buang air kecil? Bukan sahaja selalu, malah sakit seperti rasa ketat dan pedih. Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlarutan lebih dua minggu. Walaubagaimanapun, tanda kanser rahim ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.
6. Sakit seakan senggugut
Selain sakit perut kembung, sakit di sekitar pelvis seakan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit. Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa.
7. Perubahan berat badan yang drastik
Jika selama ini kita bertubuh agak gempal dan turun berat badan tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera terutamanya bila turun berat badan secara drastik. Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat anda ada yang menghidap kanser payudara atau ovari.
loading...