(ViraL) Tolong SEBARKAN !! Penempatan Tahun 1 Sesi 2018/2019 � Daftar Anak Anda Secara Online Sekarang !

loading...
Kongsikan juga artikel ini supaya ibu bapa lain dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan anak mereka dapat masuk ke sekolah yang diingini !

Tolong SEBARKAN !! Penempatan Tahun 1 Sesi 2018/2019 � Daftar Anak Anda Secara Online Sekarang !



Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula membuka sesi pendaftaran secara atas talian di laman web rasmi mereka untuk para ibu bapa dari Semenanjung Malaysia.
Jika anda mempunyai anak yang akan memulakan darjah 1 mulai tahun hadapan atau pun 2019, sekarang adalah masa terbaik untuk mula mendaftar dan memohon penempatan di sekolah pilihan anda.

Tarikh Pendaftaran Online Darjah 1 Sesi 2018/2019

Source: KPM
Proses mendaftar dan memohon penempatan ini perlu dilakukan dalam jangka masa yang diberikan sahaja iaitu mulai 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Jadi, ada lebih kurang 2 bulan untuk anda memasukkan maklumat penjaga dan pelajar, dan seterusnya mendaftar untuk permohonan di sekolah berhampiran tempat tinggal anda.

Sistem Pendaftaran Rasmi KPM

Pendaftaran boleh dilakukan di sistem aplikasi SPATKPM, juga dikenali sebagai Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM, iaitu di public.moe.gov.my. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar masuk dan memilih Pendaftaran Tahun 1.

Siapa yang Boleh Membuat Permohonan Sesi Persekolahan 2018/2019 Secara Online?

Ada beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh mula membuat pendaftaran online darjah 1 dan menempatkan anak di sekolah pilihan anda. Antaranya ialah:
  • Terbuka untuk para pelajar dari Semenanjung Malaysia sahaja. Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan masih perlu membuat permohonan secara manual (mengisi borang).
  • Permohonan hanya boleh dibuat untuk sekolah rendah yang berada dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.
  • Pelajar perlu berwarganegara Malaysia kerana maklumat asas pelajar akan diambil secara terus daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Lahir di antara 2 Januari 2011 � 1 Januari 2012 bagi sesi persekolahan 2018 dan lahir di antara 2 Januari 2012 � 1 Januari 2013 bagi sesi persekolahan 2019.
Source: KPM
  • Sebelum anda boleh memulakan proses permohonan, anda perlu mendaftar sebagai pengguna baru di dalam sistem SPATKPM tersebut jika anda tiada lagi akaun SPAT. Untuk mengetahui cara menggunakan sistem, anda boleh merujuk kepada panduan manual yang telah disediakan oleh kementerian.

Tindakan Susulan Selepas Membuat Pendaftaran Online Darjah 1

Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM ini bertujuan bagi memudahkan ibu bapa untuk memohon sekolah buat anak mereka yang akan mula masuk darjah 1. Kini, tidak perlu lagi susah-susah pergi ke sekolah, mengambil borang dan mengisinya secara manual untuk memohon.
Anda hanya perlu mendaftarkan nama anak anda secara online dan kemudiannya memilih sekolah yang anda rasakan sesuai buatnya. Namun, masih ada beberapa lagi tindakan susulan yang perlu dilakukan untuk memastikan pendaftaran berjalan sehingga selesai.
Pertamanya, proses pendaftaran ini adalah satu permohonan sahaja. Penempatannya masih belum disahkan lagi.
Jadi, apa yang anda perlu buat adalah cetak borang permohonan tersebut. Kemudian, bawa borang ke sekolah yang anda pohon berserta dengan beberapa dokumen sampingan lain.
  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (asal dan salinan)
  • Surat nikah/cerai (asal dan salinan)
  • Bukti alamat tempat tinggal (anda boleh bawa bil elektrik, air, Astro � pastikan ianya adalah bil yang terkini)
  • Sijil lahir anak (asal dan salinan)
  • Kad OKU/Surat doktor (jika ada)
Pastikan anda menghantar borang tersebut bagi pengesahan dan perakuan permohonan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 1 Mac sehingga 30 April 2017.

Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Menghantar Borang ke Sekolah?

Source: Bharian.com.my
Selepas itu, anda hanya perlu menunggu sehingga proses semakan keputusan permohonan dibuka oleh KPM. Proses semakan dijangka akan dimulakan sekitar bulan Julai hingga Ogos 2017.
Jika anak anda berjaya mendapat tempat di sekolah yang dipohon, anda akan menerima surat tawaran bagi kemasukan ke sekolah terbabit.
Jika permohonan anda ditolak, anda masih boleh membuat rayuan dan menyemak semula keputusan rayuan pada masa yang akan diberitahu oleh KPM kelak.
Mudahkan? Jadi, apa kata anda mulakan proses permohonan penempatan tahun 1 sesi 2018/2019 mulai hari ni sementara ia masih dibuka. Mudahlah nanti untuk anda membuat susulan dengan pihak sekolah sekiranya semua borang telah diisi dan direkod di dalam sistem!
Kongsikan juga artikel ini supaya ibu bapa lain dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan anak mereka dapat masuk ke sekolah yang diingini!
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close