(TrendinG) Bayi 8 Bulan Terjatuh Alami Pendarahan di Luar Otak, Pengasuh Kata Jangan Terlalu Manjakan Anak

loading...
"Sepanjang saya mengambil Fayyadh di rumah pengasuh, dia tidak berhenti menangis dan pada masa yang sama, seluruh mukanya disapu losen gatal. Bila saya menciuam kepalanya, dia menangis lebih kuat.."



Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan mengalami pendarahan di luar otak (kiri) dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan pengasuhnya di Selayang Indah, Khamis lalu. 

Bapanya, Amminur Redzhan, 26, hanya menyedari anaknya, Muhammad Afkar Fayyadh, cedera selepas diambil pulang jam 7.30 malam, sebelum dihantar ke Hospital Selayang. 

"Sepanjang saya mengambil Fayyadh di rumah pengasuh, dia tidak berhenti menangis dan pada masa yang sama, seluruh mukanya disapu losen gatal. Bila saya menciuam kepalanya, dia menangis lebih kuat. 

"Bila berada di dalam kereta, saya ternampak ada kesan benjolan di kepala Fayyadh dan menghubungi pengasuh untuk mendapatkan kepastian jika Fayyadh terjatuh ketika dalam jagaannya. Tetapi pengasuh menafikannya," kata Amminur, lapor Harian Metro. 

Menurutnya, pengasuh berkenaan memberikan alasan adalah normal bayi terjatuh dan dia diberitahu agar jangan terlalu memanjakan anak. 

Bimbang dengan keadaan anaknya, Amminur membawa Fayyadh ke hospital swasta tempatnya bekerja untuk pemeriksaan doktor pakar. 

"Doktor memaklumkan saya supaya segera menghantar anak ke Hospital Selayang dan membuat laporan polis berikutan kejadian yang menimpa Fayyadh. 

"Ketika itu hanya tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya dan isteri apabila anak diminta melalui pelbagai ujian termasuk ujian imbasan," katanya. 

Foto - Cahaya Hati
Bagaimanapun, Amminur lega anaknya tidak mengalami pendarahan dalaman dan hanya mengalami pendarahan di luar otak di atas tempurung kepalanya sahaja. 

Amminur kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya dan juga menafikan dakwaan pengasuh bahawa dia terlalu memanjakan anaknya. 

"Saya bukan manjakan anak tetapi ini soal keselamatan," katanya. 

Setakat ini, pengasuh anaknya tidak datang melawat Fayyadh di hospital mahupun bertanya khabar melalui SMS.

Menurut ibu mangsa, pendarahan di luar otak tidak perlu dibedah dan mereka dimaklumkan bahawa retak di kepala Fayyadh akan pulih sendiri tetapi mengambil masa yang agak lama serta memerlukan penjagaan yang rapi.


Keadaan Fayyadh terkini | Foto - Cahaya Hati
"Keadaan Fayyadh sekarang sudah semakin aktif dan telah dibenarkan keluar dari wad, petang semalam," katanya. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close