(ViraL) Gempar..Bayi 17 Bulan Sangka Ular Kapak Barang Mainan, Gigit Kepala Ular Sampai Mati

loading...
"Sy terkejut tgk kepala ular berada di dlm mulutnya..bajunya penuh darah..awalnya dia sangkakan mainan..sy dan suami betul-betul berdiri bulu roma.."
Gempar..Bayi 17 Bulan Sangka Ular Kapak Barang Mainan, Gigit Kepala Ular Sampai Mati




Seorang bayi berusia 17 bulan bernasib baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas bertindak berani menggigit kepala seekor ular kapak sehingga menyebabkan reptilia itu mati, baru-baru ini.
Menurut laman web odditycentral.com, kejadian berlaku ketika Lorenzo, sedang bermain dengan anjing peliharaan di laman rumahnya, di bandar Mostardas, Rio Grande do Sul, sebelum didatangi seekor ular berbisa tersebut.
Ibunya, Jaine Ferreira Figueira, yang ketika itu melakukan kerja-kerja di dalam rumah terdengar Lorenzo menangis sebelum meluru ke arahnya.
Dia kemudian terkejut selepas mendapati, seekor ular berada di mulut Lorenzo, sementara pakaian anaknya dipenuhi darah.
Figueira bersama suaminya, Lucier bergegas ke hospital yang terletak kira-kira 175 kilometer dari rumah untuk merawat anaknya.
Bagaimanapun, pasangan itu bernasib baik selepas doktor mendapati tiada kesan patukan ular pada tubuh anaknya.
�Kemungkinan bayi ini terlalu takut, jadi saya fikir dia mahu mempertahankan diri atau mungkin dia merasakan ular itu mainan,� ujar Dr. Gilmar Carteri yang merawatnya di Hospital Sao Liuz.
Pasangan Figuira dan Lucier pada mulanya menganggap, binatang berbisa itu dibunuh oleh anjing peliharaan mereka, namun doktor mengesahkan ular berkenaan mati selepas digigit oleh anaknya.

loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close