Bayi 20 bulan nyaris diculik di taman permainan

loading...

KAJANG, SELANGOR - Seorang bayi berusia 20 bulan nyaris diculik seorang lelaki dipercayai warga asing di Klinik Sungai Chua, pagi semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, bayi berkenaan yang sedang bermain di taman permainan yang terletak di hadapan klinik tersebut sebelum lelaki itu datang mendukungnya. 

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kejadian, ibu bayi berkenaan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kandungannya. 

"Lelaki terbabit masuk ke ruang taman permainan dan cuba melarikan bayi berkenaan. Bagaimanapun usahanya gagal selepas si ibu nekad mempertahankan anaknya. 

"Lelaki itu kemudian melepaskan bayi berkenaan sebelum keluar melarikan diri," katanya. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 362/511 Kanun Keseksaan. - The Reporter
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close