loading...
"Dia tak main-main,. Dia suruh lelaki itu masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah,"
Padah Keluar Malam Tanpa Izin, Isteri Nekad Hayun Parang Pada Suami
Padah keluar minum (arak) dan berseronok dengan rakan-rakan tanpa pengetahuan isteri, lelaki terpaksa menahan malu apabila isterinya datang mencari dan mengugutnya dengan parang agar dia pulang ke rumah.
Kejadian di waktu pagi di tepi jalan bandar Bangkok yang sedang sesak itu, wanita berkenaan mengeluarkan parang dan mengugut akan mencederakan suaminya jika lelaki itu enggan pulang ke rumah.
Difahamkan, wanita berkenaan telah memandu di sekitar bandar itu bagi mencari suaminya, sebelum menemui lelaki itu sedang melepak di sebuah gerai di tepi jalan, bersarapan dengan seorang rakannya.
Menurut saksi, dari perbualan di antara pasangan berkenaan, lelaki itu telah keluar berseronok tanpa memaklumkan kepada isterinya.
"Dia tak main-main,. Dia suruh lelaki itu masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah.
"Bahaya juga sebenarnya dia memandu sambil membawa parang dan menghayunkan senjata tajam itu di tempat awam seperti ini," kata saksi.
Takut dengan ugutan isterinya itu, akhirnya lelaki itu akur dan masuk dalam kereta sebelum mereka beredar dari tempat kejadian.
loading...