(Video) Bayi 11 Bulan Nyaris Jatuh Terhempas Ke Lantai Sempat Diselamatkan Abangnya

loading...

" Peringatan kepada ibu bapa bahawa, walaupun leka sesaat, anak-anak kecil berhadapan dengan bahaya.. "



Berdebar jantung bila melihat bayi lelaki berusia 11 bulan terjatuh dan meja persalinan, namun berjaya disambut oleh abangnya, lapor Daily Mail.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan si ibu, Tila Levi, membelakangi bayinya seketika sebelum anak lelakinya, Joseph Levi, 9, muncul dalam video menyambut adiknya terjatuh. 

Tindakan pantas Joseph itu dianggap sebagai hero selepas dia berjaya menyelamatkan adiknya dari terhempas ke lantai di kediaman mereka di Bal Harbour, Florida. 

Sebelum kejadian, Tila sedang menyiapkan kelima-lima anaknya untuk tidur. Apabila dia membelakangi meja persalinan itu, bayinya yang baring cuba meniarap dan terjatuh sebelum sempat diselamatkan oleh abangnya. 

Joseph Levi dan ibunya, Tila Levi
Menurut Joseph, dia tidak terfikir berjaya menyambut anaknya yang berat 13 kilogram itu, mana tidak dapat lari dengan pantas. 

"Pada masa itu saya ada sesuatu yang akan berlaku dan terus berlari dan menyambut adik saya yang terjatuh," katanya. 


Difahamkan, Tila telah menyimpan rakaman CCTV itu selama sebulan dan baru beberapa hari yang lalu dikongsikan di media sosial sebagai peringatan kepada ibu bapa bahawa, walaupun leka sesaat, anak-anak kecil berhadapan dengan bahaya. 
loading...

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close